6/30/2009
Transformers
6/11/2009
kawin..kawin..
5/28/2009
Dan Sebenarnya - Yuna
5/27/2009
PERFUME
FLORA
Perfume ini umumnya memiliki aroma 'manis' kerana ia paduan drpd pelbagai bunga. Dengan aroma ini akan memperlihatkan dirimu yang lebih feminin dan romantik,ia juga memberi rasa tenang pada si pemakainya.
OCEANIC
Wangian moden yang menggunakan elemen sintetik. Ia melahirkan bauan yg menjurus kepada lautan. Individu yg menggemari bau-bauan sebegini tergolong diantara individu yang cintakan persekitaran.
BUAH-BUAHAN
Bauan segar drpd aroma buah-buahan seperti jeruk dan lemon memperlihatkan diri kamu lebih fresh dan bersemangat.
HIJAU SEMULA JADI
Ia memberikan kesegaran dan tenaga. Jesteru,wangian ini melambangkan kamu seorang yang amat gemarkan aktiviti luar.
ORIENTAL
Seksi,eksotik & gigih,itulah definisi yg mampu menggambarkan individu yang gemarkan bauan sebegini. Bau seperti musk,vanila dan bau bunga-bungaan yang keras termasuk dalam kategori ini. Amat sesuai dipakai ketika dating.
KAYU KAYAN
Wangian yang mempunyai unsur bauan seperti kulit kayu,lumut atau benda-benda yang hanya boleh dijumpai dalam hutan tergolong dalam kategori ini. Individu sebegini adalah seorang yang lasak dan gemarkan kebebasan
5/20/2009
Tahukah Anda...
Kekacang
- Seseorang yg menggemari aiskrim yg berunsurkan kacang seperti butter pecan dikatakan sangat cermat dalam hal pekerjaan.
- Mereka juga seorang yang berdedikasi dan setia. Sikap ini dibawa ke dalam hubungan peribadi.
- Pasangan yang serasi buat anda adalah mereka yang menyukai aiskrim coklat atau cholate chip.
Vanila
- Pengemar aiskrim vanila adalah seorang yang berani dan sanggup menghadapi apa jua cabaran.
- Mereka juga dikatakan seorang yang berwawasan tinggi dan akan bekerja keras demi mencapai apa yang dihajati.
- Orang sekeliling tertarik dengan keramahan dan keperibadian mereka yang pandai bergaul dan bertanggungjawab.
- Mereka mempunyai hubungan yang cukup erat dengan keluarga.
- Pasangan yang paling serasi ialah pengemar aiskrim vanila juga.
Chocolate chip
- Andai chocolate chip menjadi pilihan,maka anda seorang yang banyak menempa kejayaan dalam hidup.
- Seorang yang amat merendah diri. Anda lebih suka bersyukur dengan semua rahmat yang diterima. Keperibadian itu menjadikan anda pemimpin di kalangan rakan-rakan.
- Pasangan serasi anda ialah penggemar aiskrim strawberi, butter pecan atau coklat.
Coklat
- Pengemar aiskrim coklat pula dikatakan mempunyai daya kreativiti yang amat tinggi. Saat bersama teman,merekalah yang akan menjadi perihatian.
- Pada anda cinta adalah nafsu dan kebahagian
- Pasangan yang paling ideal untuk anda adalah peggemar aiskrim butter pecan atau chocolate chip.
Pisang
- Jika anda penggemar aiskrim perasa pisang pula,dikatakan anda seorang yang terlampau murah hati dan juga pendengar yang sangat baik. Sebab itulah anda menjadi tempat kawan-kawan mengadu masalah.
- Anda juga bersikap rileks dan berusaha menjalankan semua tugas dengan tenang.
- Wah!anda serasi dengan sesiapa sahaja.
Strawberi
- Penggemar perasa ini dikatakan agak pemalu. Tetapi tetap yakin bila memertahankan pendapat.
- Seorang yang perfectionist. Kecendurangan anda mencapai kesempurnaan kadangkala membuat orang menyampah tapi sifat ini membuat anda menjadi star dikalangan orang atasan.
- Carilah pasangan yang menyukai aiskrim rasa chocolate chip dan anda akan sukses dalam cinta.
p/s-pengarang gemar perisa kekacang n coklat...
5/07/2009
5/06/2009
4/16/2009
Renung-renungkanlah..
1. Hidup memerlukan pengorbanan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerluan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagian.
2. Hati yang terluka umpama besi bengkok,walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asal.
3. Lantaran adanya wanita,alam menjadi indah,lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan disebalik suatu kekuatan.
4. Ada waktunya,sepi memjadi lebih indah kerana disaat itu kita ada ruang untuk mengingati..merindui.
5. Usah sangka kereta jenama paling mahal tidak memberikan masalah,adakalanya meragam juga. Usah sangka orang yang serba kekurangan itu tidak membahagiakan,adakalanya dia lebih mengerti.
6. Setiap hari kita adalah manusia yang berbeza. Semalam kanak-kanak,hari ini remaja dan esok hari tua. Semuanya menjadikan kita dan masa sungguh bermakna.
7. Bukan semua yang mengembirakan hati kita baik untuk kita,kadang-kadang yang mengembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita,kadang-kadang disitu letaknya bahagia.
8. Kita jangan selalu mengharap kerana mengharap tidak pasti tertunai,tetapi kita boleh bersabar kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan. Jangan menangis kerana gagal dalam bercinta sebab manusia akan meninggalkan apa yang dicintai.
9. Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup.
4/09/2009
Undang-undang Putus Cinta
4/06/2009
Destinasi Percutian
3/27/2009
Ketawa Penawar Duka
KISAH ROMPAKAN
Suatu hari sekumpulan pekerja kilang memperoses getah dikejutkan dengan rompakan oleh geng bertopeng......
Seorang perompak berkata "keluarkan dan bagi semua barang kemas yang korang ada..!!cepat..!!"
Seorang pekerja kilang tu membalas..
"Tapi..kami tak bawak barang kemas kalau pergi kerja..duit pun sikit je.."
Perompak berfikir seketika...
"Kalau awak semua tak ada barang kemas&duit,kami rogol kamu semua...ahahaha.."
Pekerja kilang yang muda berkata...
"Alaaa..takkan makcik yang kat belakang tu nak rogol jugak..tak kesian ker.."
Tiba-tiba makcik itu berdiri..
"Weh..ko nie..tak paham ker..kalau dia cakap semua..SEMUA la.."
JADUAL KERETAPI
Satu pagi di stesen keretapi,seorang makcik bertanya pada petugas kuanter..
Makcik:Anak,keretapi sampai jam berapa?
Petugas kuanter: Jam 2 Kedah,jm 5 Kelantan, jam 7 Gemas. Makcik nak pergi mana?
Makcik : Makcik nak melintas saja..
Petugas kuanter:....????
BUDAK TADIKA
Suatu pagi yang hening di sebuah tadika...
CIKGU : Baiklah anak-anak,pagi ni kita akan belajar mengenai bunyi haiwan.
Fairuz,macam mana bunyi ayam berkokok?
FAIRUZ : Kok kokk kokkkkk!!!!!!
CIKGU : Bagus Fairuz. Siti,buat bunyi kucing pulak..
SITI : Meowwwww....
CIKGU : Amboi,manjanya kucing tu ye..
Udin,macam mana pula bunyi buaya?
UDIN : Pewitttt...Hai cik adik,seorang je ke..? Abang teman boleh?
CIKGU : Buaya apa tu Udin?
UDIN : Buaya darat cikgu!!!!..