5/20/2009

Tahukah Anda...

Kenali seseorang melalui Aiskrim..

Kekacang
  • Seseorang yg menggemari aiskrim yg berunsurkan kacang seperti butter pecan dikatakan sangat cermat dalam hal pekerjaan.
  • Mereka juga seorang yang berdedikasi dan setia. Sikap ini dibawa ke dalam hubungan peribadi.
  • Pasangan yang serasi buat anda adalah mereka yang menyukai aiskrim coklat atau cholate chip.

Vanila

  • Pengemar aiskrim vanila adalah seorang yang berani dan sanggup menghadapi apa jua cabaran.
  • Mereka juga dikatakan seorang yang berwawasan tinggi dan akan bekerja keras demi mencapai apa yang dihajati.
  • Orang sekeliling tertarik dengan keramahan dan keperibadian mereka yang pandai bergaul dan bertanggungjawab.
  • Mereka mempunyai hubungan yang cukup erat dengan keluarga.
  • Pasangan yang paling serasi ialah pengemar aiskrim vanila juga.

Chocolate chip

  • Andai chocolate chip menjadi pilihan,maka anda seorang yang banyak menempa kejayaan dalam hidup.
  • Seorang yang amat merendah diri. Anda lebih suka bersyukur dengan semua rahmat yang diterima. Keperibadian itu menjadikan anda pemimpin di kalangan rakan-rakan.
  • Pasangan serasi anda ialah penggemar aiskrim strawberi, butter pecan atau coklat.

Coklat

  • Pengemar aiskrim coklat pula dikatakan mempunyai daya kreativiti yang amat tinggi. Saat bersama teman,merekalah yang akan menjadi perihatian.
  • Pada anda cinta adalah nafsu dan kebahagian
  • Pasangan yang paling ideal untuk anda adalah peggemar aiskrim butter pecan atau chocolate chip.

Pisang

  • Jika anda penggemar aiskrim perasa pisang pula,dikatakan anda seorang yang terlampau murah hati dan juga pendengar yang sangat baik. Sebab itulah anda menjadi tempat kawan-kawan mengadu masalah.
  • Anda juga bersikap rileks dan berusaha menjalankan semua tugas dengan tenang.
  • Wah!anda serasi dengan sesiapa sahaja.

Strawberi

  • Penggemar perasa ini dikatakan agak pemalu. Tetapi tetap yakin bila memertahankan pendapat.
  • Seorang yang perfectionist. Kecendurangan anda mencapai kesempurnaan kadangkala membuat orang menyampah tapi sifat ini membuat anda menjadi star dikalangan orang atasan.
  • Carilah pasangan yang menyukai aiskrim rasa chocolate chip dan anda akan sukses dalam cinta.

p/s-pengarang gemar perisa kekacang n coklat...