5/27/2009

PERFUME

Sesuaikan perfume dgn Peribadi.

FLORA
Perfume ini umumnya memiliki aroma 'manis' kerana ia paduan drpd pelbagai bunga. Dengan aroma ini akan memperlihatkan dirimu yang lebih feminin dan romantik,ia juga memberi rasa tenang pada si pemakainya.

OCEANIC
Wangian moden yang menggunakan elemen sintetik. Ia melahirkan bauan yg menjurus kepada lautan. Individu yg menggemari bau-bauan sebegini tergolong diantara individu yang cintakan persekitaran.

BUAH-BUAHAN
Bauan segar drpd aroma buah-buahan seperti jeruk dan lemon memperlihatkan diri kamu lebih fresh dan bersemangat.

HIJAU SEMULA JADI
Ia memberikan kesegaran dan tenaga. Jesteru,wangian ini melambangkan kamu seorang yang amat gemarkan aktiviti luar.

ORIENTAL
Seksi,eksotik & gigih,itulah definisi yg mampu menggambarkan individu yang gemarkan bauan sebegini. Bau seperti musk,vanila dan bau bunga-bungaan yang keras termasuk dalam kategori ini. Amat sesuai dipakai ketika dating.

KAYU KAYAN
Wangian yang mempunyai unsur bauan seperti kulit kayu,lumut atau benda-benda yang hanya boleh dijumpai dalam hutan tergolong dalam kategori ini. Individu sebegini adalah seorang yang lasak dan gemarkan kebebasan