4/09/2009

Undang-undang Putus Cinta

1. Jangan tangguhkan.
Undang-undang pertama yang mesti anda faham,jangan sesekali menangguhkan perasaan untuk memutuskan sebuah perhubungan andai sudah tidak wujud persefahaman anda berdua lagi. Jangan sesekali dipengaruhi perasaan kasihan kerana selagi anda menyimpan perasaan kasihan,selagi itulah masalah anda tidak akan selesai. Jika anda bertangguh-tangguh,ia seolah-olah menjerat diri anda sendiri "masuk ke alam yang tidak lagi anda sukai" Hendak dibuang sayang,tetapi untuk terus menyimpan anda sudah benci.
2. Perlu buat keputusan yang jelas.
Jangan jadi lalang. Ini aspek yang penting sekali. Apabila anda membuat keputusan untuk berpisah,anda perlu buat perhubungan dengan jelas. Jangan bertangguh-tangguh atau seperti lalang yang ditiup angin "sekejap iya,sekejap kesian,sekejap benci. Semua hal ini perlu diperjelaskan dengan seterang-terangnya agar tidak ada hati yang terguris.
3. Beri alasan yang munasabah.
Undang-undang ketiga yang perlu anda faham ialah,berilah alasan yang munasabah kenapa sesebuah perhubungan itu harus ditamatkan. Jangan sesekali anda mengelak semata-mata kerana ingin menjaga hati. Dan Jangan sesekali anda berkata "semua yang berlaku ini salah saya dan bukannya awak. Jujur biarpun ia menyakitkan hati.
4. Jangan menghina satu sama lain.
Undang-Undang keempat yang perlu anda ingat ialah,jangan sesekali menghina satu sama lain meski pun anda sudah tidak suka kepadanya lagi. Anggap saja anda berdua sudah tiada jodoh. Paling diingatkan,jangan sesekali memberi harapan "mungkin..satu hari nanti kita ada jodoh.." Jangan sesekali anda berkata begitu.
5. Beri peluang terakhir.
Disebabkan hubungan anda sudah berakhir,anda harus memberi peluang terakhir untuknya bertanya apa sahaja yang ingin diketahuinya. Peluang terakhir ini mesti dimanfaatkan oleh kedua belah pihak dengan sewajarnya.
TEpuk dada anda tanya selera...Fikir-fikirkanlah.