4/16/2009

Renung-renungkanlah..

1. Hidup memerlukan pengorbanan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerluan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagian.

2. Hati yang terluka umpama besi bengkok,walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asal.

3. Lantaran adanya wanita,alam menjadi indah,lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan disebalik suatu kekuatan.

4. Ada waktunya,sepi memjadi lebih indah kerana disaat itu kita ada ruang untuk mengingati..merindui.

5. Usah sangka kereta jenama paling mahal tidak memberikan masalah,adakalanya meragam juga. Usah sangka orang yang serba kekurangan itu tidak membahagiakan,adakalanya dia lebih mengerti.

6. Setiap hari kita adalah manusia yang berbeza. Semalam kanak-kanak,hari ini remaja dan esok hari tua. Semuanya menjadikan kita dan masa sungguh bermakna.

7. Bukan semua yang mengembirakan hati kita baik untuk kita,kadang-kadang yang mengembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita,kadang-kadang disitu letaknya bahagia.

8. Kita jangan selalu mengharap kerana mengharap tidak pasti tertunai,tetapi kita boleh bersabar kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan. Jangan menangis kerana gagal dalam bercinta sebab manusia akan meninggalkan apa yang dicintai.

9. Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup.