1/14/2010

Ketahui Kandungan Produk Kosmetik

1.KOLAGEN
Kolagen merupakan bahan yg bertindak membuat kulit menjadi lebih lembut,bebas kedutan,elastik dan kenyal.
2.AHA(ALPHA HYDROX ACID)
Bedak wajah yang mengandungi AHA bererti ia berfungsi mencerah dan memutihkan kulit wajah. Pun begitu,kandungannya haruslah 5% hingga 10% sahaja kerana sekiranya lebih daripada sukatan itu,kosmetik yang digunakan boleh menyebabkan keradangan kulit.
3.SALICYLIC ASID
Lazimnya disebut sebagai Beta Hydroxy Acid atau BHA. Fungsinya hampir sama dengan AHA iaitu membuang kulit mati sekaligus mampu diserap dengan baik ke dalam kulit. Krim pelindung cahaya matahari dan krim jerawat adalah antara produk yang mengandungi bahan ini kerana ia dipercaya dapat mengurangkan pertumbuhan jerawat dan noda pada kulit selain bintik-bintik hitam.
4.ALKOHOL
Alkohol bertindak sebagai medium yang menghantar bahan lain pada kulit. Kandungan alkohol yang berlebihan merupakan salah satu daripada penyebab tumbuhnya jerawat.
5.TITANIUM DIOXIDE
Terbukti tidak mendatangkan keradangan pada kulit,bahan ini digunakan sebagai pemutih. Ia mampu meningkatkan mutu produk krim pelindung cahaya matahari.