4/16/2009

Hadiah terbaik..
Kepada kawan - Kejujuran
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh yang terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan

Renung-renungkanlah..

1. Hidup memerlukan pengorbanan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerluan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagian.

2. Hati yang terluka umpama besi bengkok,walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asal.

3. Lantaran adanya wanita,alam menjadi indah,lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan disebalik suatu kekuatan.

4. Ada waktunya,sepi memjadi lebih indah kerana disaat itu kita ada ruang untuk mengingati..merindui.

5. Usah sangka kereta jenama paling mahal tidak memberikan masalah,adakalanya meragam juga. Usah sangka orang yang serba kekurangan itu tidak membahagiakan,adakalanya dia lebih mengerti.

6. Setiap hari kita adalah manusia yang berbeza. Semalam kanak-kanak,hari ini remaja dan esok hari tua. Semuanya menjadikan kita dan masa sungguh bermakna.

7. Bukan semua yang mengembirakan hati kita baik untuk kita,kadang-kadang yang mengembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita,kadang-kadang disitu letaknya bahagia.

8. Kita jangan selalu mengharap kerana mengharap tidak pasti tertunai,tetapi kita boleh bersabar kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan. Jangan menangis kerana gagal dalam bercinta sebab manusia akan meninggalkan apa yang dicintai.

9. Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup.

4/09/2009

Undang-undang Putus Cinta

1. Jangan tangguhkan.
Undang-undang pertama yang mesti anda faham,jangan sesekali menangguhkan perasaan untuk memutuskan sebuah perhubungan andai sudah tidak wujud persefahaman anda berdua lagi. Jangan sesekali dipengaruhi perasaan kasihan kerana selagi anda menyimpan perasaan kasihan,selagi itulah masalah anda tidak akan selesai. Jika anda bertangguh-tangguh,ia seolah-olah menjerat diri anda sendiri "masuk ke alam yang tidak lagi anda sukai" Hendak dibuang sayang,tetapi untuk terus menyimpan anda sudah benci.
2. Perlu buat keputusan yang jelas.
Jangan jadi lalang. Ini aspek yang penting sekali. Apabila anda membuat keputusan untuk berpisah,anda perlu buat perhubungan dengan jelas. Jangan bertangguh-tangguh atau seperti lalang yang ditiup angin "sekejap iya,sekejap kesian,sekejap benci. Semua hal ini perlu diperjelaskan dengan seterang-terangnya agar tidak ada hati yang terguris.
3. Beri alasan yang munasabah.
Undang-undang ketiga yang perlu anda faham ialah,berilah alasan yang munasabah kenapa sesebuah perhubungan itu harus ditamatkan. Jangan sesekali anda mengelak semata-mata kerana ingin menjaga hati. Dan Jangan sesekali anda berkata "semua yang berlaku ini salah saya dan bukannya awak. Jujur biarpun ia menyakitkan hati.
4. Jangan menghina satu sama lain.
Undang-Undang keempat yang perlu anda ingat ialah,jangan sesekali menghina satu sama lain meski pun anda sudah tidak suka kepadanya lagi. Anggap saja anda berdua sudah tiada jodoh. Paling diingatkan,jangan sesekali memberi harapan "mungkin..satu hari nanti kita ada jodoh.." Jangan sesekali anda berkata begitu.
5. Beri peluang terakhir.
Disebabkan hubungan anda sudah berakhir,anda harus memberi peluang terakhir untuknya bertanya apa sahaja yang ingin diketahuinya. Peluang terakhir ini mesti dimanfaatkan oleh kedua belah pihak dengan sewajarnya.
TEpuk dada anda tanya selera...Fikir-fikirkanlah.

4/06/2009

Lagu Pebret

Lagu Pebret..Download jak,jangan berlama

  1. Coco-Mengintai_Langit.mp3
  2. The_Rock_Munajat_Cinta.mp3
  3. ST12-Aku Masih Sayang.mp3
  4. Siti Nurhaliza - Wanita.mp3
  5. AgneS mOniCa-MaTahaRiKu.mp3
  6. Ungu-Seperti yang dulu.mp3
  7. Guang_Liang_-Tong_Hua.Mp3

Destinasi Percutian



Menyelongkar khazanah alam dan destinasi hebat..antara destinasi percutian yang dalam plan aiai (cewah..tdk salah plan kan)..kalau aiai ada peluang n berduit ( tdk perlu tunggu kaya ) aiai akan pergi ke sini..Gambar ni aiai dapat dari sumber yang terdekat yang telah pi sendiri ke sana ( Medan ),memang cantik tempat yang diaorang lawati ( jeles aiai tidak diajak pi )..Nevermind nanti panjang umur n murah rezeki aiai akan pi gak,sebenarnya bukan sini jak aiai akan pi tapi semua tempat yang menarik,so tidak salah kita plan dimana ada kemahuan pasti ada jalannya kan..pada blogger yang masuk blog simply the best lihatlah gambar-gambar ni mana tau korang berminat pi kesana..